<
CompleteMyspace.com only the best Myspace Layouts!
-->
BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Daisypath Happy Birthday tickers
Ex Shooterkiller..Shooterkiller udah pencen...Muhd Adnan..Korng dh follow ke blom??Follow rrr plzz...Klau nk knal lbih lnjut,,Add aku kt FB..

Saturday 2 July 2011

YakJuj MakJuj - Bangsa Pemusnah


Kisah Yakjuj Makjuj merupakan antara kisah misteri yang sampai sekarang masih belum dapat dirungkaikan dengan tepat dan jelas..terdapat banyak pendapat yang dikeluarkan oleh para ulamak dan juga pengkaji..kisah Yakjuj Makjuj ini juga ada diceritakan di dalam Al-Quran, Injil dan juga Taurat (ada yang mengatakan kisah mereka ini lebih banyak diceritakan di dalam kitab Taurat..tlg betulkan saya jika salah). 

Apa sebenarnye Yakjuk Makjuk ini...???

Berdasarkan pembacaan dan juga ceramah agama yang pernah saya hadiri dan saya dapati melalui pelbagai sumber, kaum ini sebenarnya adalah keturunan Nabi Allah Adam A.S dan bukanlah binatang buas..keturunan mereka dikatakan bermula daripada Yasifts (anak Nabi Nuh A.S).

Ya’juj dan Ma’juj / Yakjuj dan Makjuj / (Arab: يأجوج و مأجوج‎) atau Gog dan Magog dalam tradisi Ibrani (Yahudi, גוג ומגוג) adalah sebutan yang muncul dalam kitab suci umat Islam, al-Quran serta kitab-kitab agama lain mengenai sekelompok manusia yang memiliki kekuatan sebagai perosak dan penghancur kehidupan di muka bumi.
Ya’juj dan Ma’juj dalam tradisi keagamaan digambarkan dalam istilah yang tidak jelas. Ada yang menyebutnya sebagai manusia, mahkluk berbentuk raksasa, suatu bangsa atau negeri. Ya’juj dan Ma’juj juga muncul dalam banyak mitos dan cerita rakyat di banyak negara. Walau bagaimanapun, Ya'juj dan Ma'juj seringkali disebut sebagai Gog dan Magog di Dunia Barat. (sumber: Ya’juj dan Ma’juj, Wikipedia)

Bangsa Yakjuj Makjuj ini dikatakan telah dikurung oleh Iskandar Zulkarnain seperti mana yang telah diceritakan didalam surah al-Kahfi ayat ke-92 hingga 98:

Yakjuj dan Makjuj tinggal di antara dua gunung (Surah Al-Kahfi : 93)
Sehingga apabila ia sampai di antara dua gunung, ia dapati di sisinya satu kaum yang hampir-hampir mereka (Zulkarnain) tidak dapat memahami perkataan.

Yakjuj dan Makjuj melakukan kerosakan di bumi (Surah Al-Kahfi : 94)
Mereka berkata: "Wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?"

Zulkarnain telah menahan Yakjuj dan Makjuj (Surah Al-Kahfi : 95-97)
Dia menjawab: "(kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku dengan tenaga (kamu beramai-ramai) aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh.
Bawalah kepadaku ketul-ketul besi"; sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu, dia pun perintahkan mereka membakarnya dengan berkata: "Tiuplah dengan alat-alat kamu" sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah dia: "Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya".
Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu, dan mereka juga tidak dapat menebuknya.

Yakjuj dan Makjuj akan keluar kembali (Surah Al-Kahfi : 98)
(Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: "Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar".

Kewujudan bangsa ini adalah benar dan sahih kerana ianya dinyatakan dalam al-Quran serta tergolong dalam perkara ghaib yang wajib diimani oleh setiap org Islam menerusi 10 tanda besar berlakunya kiamat. Bangsa ini diceritakan berusaha untuk merobohkan tembok yang memisahkan mereka daripada dunia kita sejak beribu tahun dahulu lagi. Namun begitu, Allah S.W.T belum menghendaki Yakjuj Makjuj keluar semula ke permukaan bumi lagi sehingga sampai masanya untuk mereka keluar...

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa pada setiap hari Yakjuj dan Makjuj cuba menggali atau memecahkan tembok Zulkarnain hinggalah mereka sampai ke peringkat bila mana mereka sudah nampak cahaya di luar sana. Kemudian mereka pulang dengan berkata “Esok kita akan dapat membolosinya”. Tapi Allah telah menjadikan tembok itu kembali ke bentuk asalnya menyebabkan mereka terpaksa menggalinya sedari mula. Proses ini berterusan hari demi hari selama mana Allah menghendaki mereka ini terkepung. Bila Allah menghendaki mereka ini keluar, di hujung hari mereka menggali itu mereka berkata “InsyaAllah, esok kita akan dapat membolosinya”. Pada esoknya mereka akan dapati tembok itu berkeadaan sebagaimana mereka telah tinggalkan hari semalam, dan setelah memecahkan bakinya itulah mereka akan keluar (Ahmad, Tirmidhi, Ibn Majah).

Kisah Yakjuj Makjuj keluar dari tempat kurungan mereka ada diceritakan di dalam surah al-Anbia ayat 96-97.



Yakjuj dan Makjuj turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi (Surah Al-Anbia : 96-97)
(Demikianlah keadaan mereka) hingga apabila terbuka tembok yang menyekat Yakjuj dan Makjuj, serta mereka meluru turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi.
Dan hampirlah datangnya janji hari kiamat yang benar, maka dengan serta-merta pandangan mata orang-orang yang kufur ingkar terbeliak (sambil berkata dengan cemas): "Aduhai celakanya Kami. Sesungguhnya kami telah tinggal dalam keadaan yang melalaikan kami daripada memikirkan perkara ini, bahkan kami telah menjadi orang-orang yang menganiaya diri sendiri".

Bangsa ini akan terlepas daripada kurungan tembok pemisah itu setelah nabi Allah Isa A.S membunuh al-Masih Dajjal. Kedatangan bangsa itu akan mendatangkan kerosakan besar di muka bumi. Kekuatan mereka dikatakan luar biasa dan terlalu hebat sehingga tiada sesiapa yang mampu menewaskan kumpulan itu. Mereka dikatakan memiliki teknologi yang jauh lebih hebat daripada yang telah kite capai sekarang dan mempunyai senjata yang jauh lagi hebat berbanding dengan senjata Nuklear yang menjadi kemegahan negara-negara kuasa besar sekarang ini. 
Kemudian Allah SWT wahyukan kepada Nabi Isa a.s.,

Allah S.W.T telah berfirman kepada nabi Isa A.S:
“Aku telah lepaskan makhlukKu (Yakjuj dan Makjuj) yang tidak terlawan oleh sesiapa pun. Oleh itu bawalah hamba-hamba Ku yang bersamamu itu berlindung di Bukit Thursina.”

Nabi Isa A.S. memerintahkan manusia yang masih beriman berlindung di pergunungan tersebut bagi mengelak daripada menjadi mangsa Yakjuj dan Makjuj. Kemudian baginda berdoa ke hadrat Allah lalu Allah membinasakan kaum Yakjuj dan Makjuj dengan mengutuskan ulat yang menyerang belakang badan mereka hingga mati. Selepas kaum Yakjuj dan Makjuj mati serta menjadi busuk, Allah mengutuskan burung besar untuk mengangkut dan membersihkan mayat-mayat itu daripada muka bumi.


FAKTA
Yakjuj dan Makjuj

# Ketika kemunculannya, mereka dikatakan akan menuju ke sebuah tasik di Palestin dan akan minum air tasik itu sehingga kering.

# Memiliki zuriat yang ramai dan dikatakan tidak akan mati sehingga melahirkan lebih 1,000 zuriat.

# Tiada siapa mampu menewaskan mereka dan hanya binasa dengan kekuasaan Allah.

# Muncul selepas turunnya Nabi Isa AS dan Dajal.

# Dalam sebuah hadis, Rasulullah menyatakan kebimbangannya apabila pada zaman baginda, Yakjuj dan Makjuj dikatakan sudah berjaya menebuk benteng Zulkarnain sebesar bulatan dibentuk ibu jari dan jari telunjuk.




Walau apa pun pendapat yang telah dikeluarkan, kita sebagai umat Islam wajib mempercayai kewujudan kaum ini kerana kehadiran mereka merupakan salah satu daripada 10 tanda-tanda besar kiamat.


0 comments: